SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN HULU
MAJLIS PERLANTIKAN KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS 2023
3 FEBRUARI- Majlis Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SMK Pengkalan Hulu sesi 2023/2024 telah selamat dijalankan semasa Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah bertempat di Dewan Sebudi Akal SMK Pengkalan Hulu.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan serta pengiktirafan kepada murid yang dilantik menjadi pemimpin bagi setiap kelas.
Majlis bermula seawal 7.30
pagi dan telah diacarakan oleh saudari, Adryana Sofea bersama Pn. Nor Hidayah
bt Md Saad. Dalam majlis ini juga, Pengetua SMK Pengkalan Hulu, En.Mohamad Musa
bin Ab Mutalib, diiringi Pn Rofiza bt Salleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
telah menyampaikan sijil kepada 52 orang murid yang terpilih menjadi ketua
kelas dan penolong ketua kelas dari kelas 2PPKI Pintar hinggalah kelas
5STEM.Lafaz ikrar juga telah dijalankan oleh murid-murid tersebut yang diketuai
oleh saudara Hanif Syahmi dengan kuat dan penuh semangat.






Ulasan
Catat Ulasan